1. salam buat semua.....lama tak update blog....pas raya malas nak nulis kat blog ni.....nak citer pengalaman raye pun rase dah basi.....tapi maybe raya haji nanti bole cite lagi.....walau apapun raye taun ni tak sempat nak beraya kat rumah baru sebab tak sempat nak siap lagi.....rumah sekrg tengah renovate....lambat tol tukang yg buat rumah ni siapkan rumah.....tapi takpe la ade hikmahnya rumah tak siap lagi....kami adik beradik terpaksa berbuka puasa atas lantai yang belum siap simen sepenuhnya....biase nye tiap tahun kami berbuka puasa sesama reramai.....tahun ni alhamdulillah semua bole balik ke rumah serentak.....kalau ikutkan kakak yang tinggal di utara sepatutnya balik untuk beraya bersama-sama..tapi, tak dapat balik sebab kete tengah hantar workshop(alasan je tuh)....raye tahun dah tiga tahun tak beraya bersama arwah mak.....kami adik beradik ziarah kubur mak pagi raya....
  2. abis bab raya....aku kembali menyambung tugas di pejabat...akibat cuti raya yang agak panjang(5 hari)....menyebabkan byk masaku habis menyiapkan tugasan dan report yang perlu kuhantar segera ke HQ.....kadang-kadang sampai nak maghrib baru balik rumah.....nak wat camne dah tugas dan tanggungjawab....kenalah laksanakan.....tugasku di pejabat memastikan pentadbiran dan perjalanan operasi sykt berjln lancar.....kalau ade yg sangkut-sangkut aku akan dipersalahkan.....tu yg buat aku tension kekadang...pada pendapatku nak menguruskan 'manusia' memang payah sebab manusia ade pelbagai fiil dan tabiat.....susah nak ubah tabiat org kalau memang dah itu yang menjadi habitnya setiap hari.....cabaran yg paling sukar buat ku ialah macam mana nak memberi nasihat dan pendapat kpd org yang tak professional.....nakckp salah....tak ckp pun salah.....kalau tak beri nasihat kata tak ambil peduli....tapi bile bagi nasihat aku pulak dipersalahkan..
  3. Baru balik dari kerja tadi.....aku terima surat drpd MIA....offer nak jadi CA....aku kembali teringat kepada cite-cite dan impian ku ketika mula-mula study accounting kat um dulu......memang aku bercita cita menjadi CA dan ade qualification as MIA member....tapi, aku tidak kuat cabaran dan dugaan untuk mencapai cita citaku.....untuk mnjadi mia member kene keje audit firm sekruang-kurangnya tiga tahun, aku baru keje dua tahun dah 'mengalah'.....ia terkubur begitu saja....kalau ikutkan skrg aku memang dah tawar hati nak register untuk MIA member....tapi, aku cube je lah...mane tau kot-kot ade rezeki....




Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.


Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.


3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jikaanda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj



(Perkara kedua tu selalu terjadi ke atas diri saya. selalu teringatkan kakak dan sanak saudara yng berada jauh, tak lama selepas tu terus je dapat panggilan telefon/sms bertanyakan kabar. memang berkesan komunikasi minda ke minda ni,kalau dilakukan dengan cara yg betulla.)


Memandangkan dunia sedang berdepan dengan isu pemanasan global yang semakin serius masyarakat diharapkan dapat menjadi pengguna yang perihatin terhadap alam sekitar.

Persoalannya, sejauh manakah pencapaian kita sebagai pengguna yang lestari? Setakat ini, tidak ramai yang begitu menitikberatkan perkara seperti penjimatan elektrik, pembaziran tenaga, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih rendah. Malah, mereka boleh dikatakan masih berada di peringkat awal dalam meletakkan diri sebagai pengguna lestari.

Amalan pengunaan lestari sebenarnya amat mudah untuk dipraktikkan oleh pengguna. Antaranya, mereka boleh berbelanja secara berhemat, menjimatkan pengunaan sumber air, tenaga dan bahan bakar, menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar serta menggunakan teknologi bersih dan juga mesra alam.

Untuk menggalakkan amalan penggunaan lestari ini, masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan anda. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan.

Satu kemestian apabila membeli barangan ialah membaca lebel secara terperinci. Label mengandungi maklumat asas seperti kandungan pemakanan, tarikh luput, logo-logo berkaitan alam sekitar ataupun sama ada ia diperbuat daripada hasil bahan kitar semula.

Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal.

Ketika keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan.

Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut.

Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, anda boleh menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang tururt menjurus kepada amalan pengunaan lestari.

Malah, cara ini bukan sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Selain itu, pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan pengunaan kenderaan untuk ketempat-tempat yang berdekatan.

Bercerita tentang penjimatan ini, pengguna juga perlu mengambil kira pengunaan peralatan elektrik di rumah kerana ia juga merupakan antara penyumbang utama kepada pembaziran tenaga dan turut mempercepatkan pemanasan global.

Mulakan dengan membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global.

Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti pengunaan lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol.

Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan.

Jadi, ubahlah sikap bermula hari ini. Jadilah penguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Sumber : Utusan Malaysia


(Kempen kurangkan penggunaan beg plastik dan polysterine memang amat sesuai untuk dilaksanakan sekrg. Memandangkan beg plastik memang sukar untuk dilupuskan dan proses pengurainnya mengambil masa yang lama.)

About this blog

Tinggalkan Pesanan Disini...


ShoutMix chat widget

Labels